*Designer note: simplistic and minimalist designs have always been my favourite. Combined together with low temperature color schemes, you got a page that is both relaxing to the mind and easy to digest.

from the principal


Hjh. Wan Shamsiah bt Yahya (Pengetua)

Selamat datang ke laman web sekolah kami, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Maher, Kota Bahru, Kelantan, Malaysia.

Objektif kami dalam menghasilkan laman web ini ialah kerana komitmen kami untuk sama-sama merealisasikan wawasan kerajaan dalam memperkasakan ICT di Malaysia. Sebagai salah satu komponan kepada Sekolah Bestari yang juga merupakan ‘flagship application’ kepada Multimedia Supper Corridor sudah tentu sekolah ini akan melakukan apa sahaja untuk sama-sama mempastikan Malaysia menjadi ‘Leadership in the information Age’ selepas 2020. Kami telah bersedia untuk berada di tengah-tengah dunia global dengan menghadapi berbagai cabaran.

Kami berterima kasih kepada setiap pelawat laman web kami. Kami harap anda dapat mengenali kami dengan lebih dekat lagi melalui langit terbuka. Kami akan sentiasa menyediakan maklumat-maklumat dan perkembangan terikini di sekolah ini untuk sama-sama kita kongsi. Anda adalah tetamu kami dan kami sedia melayan anda dengan sebaik mungkin.

Saya mengambil kesempat untuk merkamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru-guru, kakitangan sokongan dan pelajar-pelajar saya yang telah berusaha sedaya upaya untuk menyediakan laman web ini.

Seluruh keluarga MAHER merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB. Dato’ Seri Doktor Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang telah menukarkan mimpi kepada kenyataan terutama dalam perkembangan dan kemajuan ICT. Kerana usahamu kami bangga menjadi rakyat Malaysia. Semoga Allah memberi ganjaran dan memberkati usaha-usha beliau.

Sekian. Terima kasih.

_______________________________________________________

[ 1 ] [ 2 ]

 

1227
design by labanon 1227